Welcome to Shamelin290!


Selamat datang ke Group shamelin290. Siapa tak nak SIHAT? Siapa tak nak KAYA? BINA KESIHATAN. JANA PENDAPATAN! Hanya dengan asas modal serendah RM290, anda boleh memiliki perniagaan ONLINE terhebat kini! Kalau Anda tidak membantu diri Anda dan Orang tersayang, Siapa lagi? Sertai kami di Group Shamelin290! " HIDUP SIHAT.DUIT LEBAT"

Khasiat Manggis


Manggis merupakan tanaman  yang berasal dari hutan tropika  di kawasan Asia Tenggara, seperti Malaysia, Indonesia dan Thailand. Dari Asia Tenggara, tanaman ini tersebar ke  Amerika Tengah dan kawasan tropika lainnya seperti Sri Lanka dan Australia Utara.


Dalam perubatan tradisional di Asia Tenggara, buah manggis dan kulitnya telah digunakan selama beberapa abad. Dari hasil suatu penelitian, buah asli Asia Tenggara ini dapat menghasilkan xanthone, iaitu zat yang terbentuk dari hasil kulit buah manggis. Kadarnya mencapai 123,97 mg per ml. 
Kajian mengenai  xanthone telah bermula sejak tahun 1970 dan hingga kini telah ditemui lebih dari 40 jenis xanthone, di antaranya adalah alpha-mangostin dan gamma mangostin yang dipercaya memiliki kemampuan mencegah berbagai penyakit. Penelitian lain menunjukkan bahawa gamma-mangostin. xanthone mempunyai kesan anti radang lebih baik daripada ubat antiinflamasi lain yang dijual di pasaran. Xanthone dapat menghindarkan berbagai penyakit yang disebabkan peradangan, seperti artritis dan alzheimer (merupakan salah satu penyakit disfungsi otak).
Xanthone juga bermanfaat mencegah pertumbuhan sel kanser dan tumor. Kemampuan antioksidannya bahkan melebihi Vitamin C dan E yang selama ini terkenal sebagai antioksidan yang paling efektif. Kandungan alpha-mangostin dan gamma-mangostin pada buah manggis juga bersifat sebagai antibakteria. Alpha-mangostin juga diketahui mempunyai kesan yang sama baiknya dengan antibiotik yang berada di pasaran seperti amphicillin dan minocycline.
Manggis merupakan buah yang berkhasiat untuk kesihatan dan kecantikan kerana memiliki antioksidan yang menangkap radikal bebas dan mencegah kerosakan sel. Tidak cuma isi buah manggis yang kaya vitamin C-66 mg, tetapi juga kulit yang pelbagai khasiat iaitu antikanser, antioksidan, mujarab mengatasi koronari jantung , HIV dan sebagainya.

Ekstrak kulit manggis bersifat antiproliferation untuk menghalang pertumbuhan sel kanser. Selain itu ekstrak itu juga bersifat apotosis penghancur sel kanser. Xanthone mampu merawat beberapa jenis penyakit kanser seperti kanser hati, pencernaan, paru-paru dan sebagainya. Xanthone dalam kulit manggis juga mampu mengatasi penyakit tuberkulosis (TBC), asma, leukimia dan antiinflamasi.

Pengambilan manggis secara rutin dapat membantu untuk rawatan awet muda kerana antioksidan  berfungsi menjaga serta memperbaiki sel-sel tubuh yang rosak dan menjadikannya lebih baik. Secara tradisional buah manggis juga digunakan untuk mengubati penyakit buasir dan luka.