Welcome to Shamelin290!


Selamat datang ke Group shamelin290. Siapa tak nak SIHAT? Siapa tak nak KAYA? BINA KESIHATAN. JANA PENDAPATAN! Hanya dengan asas modal serendah RM290, anda boleh memiliki perniagaan ONLINE terhebat kini! Kalau Anda tidak membantu diri Anda dan Orang tersayang, Siapa lagi? Sertai kami di Group Shamelin290! " HIDUP SIHAT.DUIT LEBAT"

Produk


  


Cara dan sukatan pengambilan harian:

** 30 ml ( 3 sudu besar ) setiap pagi **
** minum terus atau dicampur dengan air suam sebagai jus
** sebaiknya diminum sebelum sarapan

KOMPONEN KHASIAT JUS MANGGIS                 
Besi, Serat, Kalsium, Vitamin C, Vitamin D, Vitamin E,  Kalium, Vitamin B2( Riboflavin), Protein, Katecin/tannin, Fosforus, Natrium, Vitamin B1 (Thiamin), Vitamin B12, Vitamin B3 (Niacin), Vitamin B6, Biotin, Folate, Mangan.

KANDUNGAN UTAMA SHAMELIN MANGOSTYN JUICE

Manggis(Garcinia Mangostana)

Buah manggis merupakan antara buah yang di katakan terbaik sekali di kalangan buah tropika. Manggis mengandungi pelbagai jenis bahan biologi yang aktif dalam kuantiti yang besar. Bahan aktif yang paling penting di kenali sebagai xanthone – kumpulan molekul yang agak unik. xanthone dikenali sebagai aptagens kerana keunikan bahan ini untuk menyesuaikan diri di dalam badan kita dan membantu badan kita untuk berfungsi dengan lebih baik. Manggis adalah herba yang terbukti dengan aktiviti antioksidanya.

Ekstrak Biji Anggur(Vitis Vinifera)

Ekstrak biji anggur, yang dikeluarkan dari kulit dan biji anggur, mengandungi perlindungan oligomeric proanthocyanidins (OPC) dalam kuantiti yang ketara. Kandungan utama ekstrak biji anggur adalah kompaun phenolic kepada mononers (catechins, epicatechin, dan taxifolin) dan flavonoid yang sejat. Ekstrak biji tersebut dibuktikan sebagai antioksida kuat yang dapat melindungi badan daripada proses penuaan dan pereputan dengan meningkatkan ketahanan plasma darah terhadap tekanan beroksida. Kajian saintifik menunjukkan bahawa kuasa antioksida proanthocyanidins di dalam ekstrak biji anggur 20 kali lebih berkuasa daripada vitamin E dan 50 kali lebih berkuasa daripada Vitamin C.

Ekstrak Acai

Buah Acai merupakan  sejenis beri yang berasal daripada Brazil. Buah ini mempunyai kebaikan 10 kali ganda antioksida daripada buah anggur dan 2 kali ganda daripada blueberri. Buah ini juga mengandungi antocyanin,  Omega 6, kalsium, asid amino, mineral serta Vitamin B1, B2, B3, C dan E.  Buah Acai mengandungi antioksida dan serat yang tinggi yang boleh membantu menentang penuaan awal, menyokong kesihatan jantung  serta membantu mereka yang menghadapi masalah penghadaman.

Ekstrak Delima (Punica granatum)

Delima merupakan tanaman yang popular di kalangan masyarakat Cina. Di antara khasiatnya ialah mampu mencegah penyakit kencing manis, mencuci perut, membunuh cacing dan meredakan cirit-birit. Ekstrak delima mengandungi kandungan antioksida yang tinggi, phenol, vitamin C dan asid folic. Sebiji delima mampu menyumbangkan 40% vitamin C yang diperlukan oleh orang dewasa.

Jus Epal  (Malus domestica)

Sebuah ungkapan mengatakan sebiji epal sehari mengelak dari penyakit (an apple a day keep the doctor away). Ini kerana epal merupakan sumber serat yang mudah dilarut. Ia mengandungi antioksidan yang membantu mencegah pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah sekali gus mengurangkan risiko masalah jantung. Bagaimanapun, pada masa yang sama epal adalah sumber serat tidak mudah larut, membantu salur usus membersih dan membuang makanan dengan pantas melalui sistem pencernaan serta membantu mengekalkan berat badan.

Puri Rossele (Hibiscus sabdariffa)

Roselle (hibiscus sabdariffa) adalah dari spesis  hibiscus. Buah rosel  yang berwarna merah mengandungi pektin, serta kaya dengan Vitamin C, A dan E serta zat mineral. Herba  ini dapat membantu mempercepatkan peredaran darah, mengurangkan tekanan darah tinggi di samping memberi kesan awet muda.

SHAMELIN MANGOSTYN JUICE

Perubahan gaya hidup, pencemaran dan cara pemakanan yang kurang seimbang menyumbangkan kepada kekurangan antioksida di dalam tubuh badan kita. Kekurangan bahan antioksida ini mengakibatkan  bertambahnya radikal bebas di dalam badan dan meningkatkan tekanan oksidatif yang membentuk sel-sel yang bermasalah. Sel-sel yang bermasalah ini di kenal pasti sebagai penyebab utama penuaan diri dan timbulnya penyakit kronik seperti barah, penyakit jantung, alzheimer, dan lain-lain. Radikal bebas bertindak dan membiak secara perlahan dalam badan serta merosakkan sistem pertahanan tubuh badan kita. Oleh itu badan kita memerlukan bekalan antioksida luaran yang mencukupi.
Shamelin Mangostyn Juice (SMJ) merupakan minuman kesihatan antioksida yang dihasilkan menggunakan teknologi menyeluruh buah manggis (isi+biji+kulit), ekstrak manggis, ekstrak acai, ekstrak biji anggur, ekstrak delima, puri rossele serta jus epal.  Kombinasi 6 sumber semulajadi ini  memberi anda keperluan antioksida-antioksida yang diperlukan oleh badan. Kajian terhadap antioksida pada kandungan SMJ ini telah dikaji oleh penyelidik daripada Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) mengikut piawaian dan sukatan yang terkawal.  Dengan penambahan D-ribose pada minuman ini ia mampu memberi anda tenaga serta kesihatan yang menyeluruh.

Dr. James Duke yang telah bekerja bersama United States Department of Agriculture (USDA) selama 35 tahun telah merumuskan lebih 138 ciri-ciri dan khasiat manggis, dan sebahagiannya adalah seperti berikut;
  • Anti radang demam/sakit kepala
  • Anti tumor
  • Anti kanser
  • Anti Parkinson
  • Anti fatigue (memberi tenaga)
  • Anti bakteria
  • Anti virus
  • Anti kulat
  • Anti depressant (tekanan atau stress)
  • Anti diarrhea (cirit birit)
  • Anti Alzheimer (sejenis penyakit kulit)
  • Menghalang jangkitan kulat dan bakteria
  • Menurunkan kolesterol
  • Menurunkan darah tinggi (hiper tension)
  • Menurunkan  kandungan gula dalam darah (kencing manis)
  • Melindungi jantung
  • Menyokong fungsi sendi dan tulang rawan
  • Mencegah penyakit tulang (osteoporosis)
  • Anti penuaan
  • Anti asthma
  • Anti neuralgic (mengurangkan kesakitan saraf)
  • Menghalang penyakit berkaitan mata seperti Katarak dan Glukoma
  • Mengubati penyakit kulit seperti jerawat, resdung dll.
  • Membantu kesihatan gusi
  • Melancarkan sistem penghadaman
  • Mencegah sembelit
  • Melicinkan dan mencantikkan kulit.


TEKANAN OKSIDATIF

Tekanan oksidatif (Oxidative Stress State, OSS) adalah satu keadaan di mana jumlah radikal bebas di dalam tubuh melebihi kemampuan tubuh untuk meneutralkannya. Akibatnya, peningkatan proses pengoksidaan sel-sel tubuh normal menjadi semakin tinggi dan menimbulkan kerosakan yang lebih banyak.
Penulisan perubatan membuktikan bahwa tekanan oksidatif adalah penyebab utama penuaan diri dan timbulnya penyakit kronik seperti barah, penyakit jantung, alzheimer, dan lain-lain. Tekanan oksidatif ini dapat dicegah dan dikurangkan dengan pengambilan antioksidan yang cukup dan optimal ke dalam tubuh.
ORAC - Oxygen Radical Absorbance Capacity (ORAC) adalah sukatan antioksida di dalam pemakanan kita. Dengan bantuan ujian ini, kita boleh menyukat keupayaan makanan menyahkan radikal bebas. Kajian terhadap manggis menunjukkan buah ini mempunyai kandungan antioksida yang tinggi yang mampu meneutralkan radikal bebas tersebut.
Kajian yang dijalankan oleh Jabatan Saintis Pertanian Amerika Syarikat menunjukkan bahawa orang dewasa patut mengambil 3000-5000 unit ORAC setiap hari untuk mendapat antioksida di dalam darah secukupnya untuk mengeluarkan radikal bebas di badan.
Sememangnya kita mendapat antioksida dari sumber pemakanan kita, tetapi kajian menunjukkan bahawa 80-90% daripada kita tidak memperolehi sukatan yang disarankan. Jadi keperluan nutrisi adalah amat perlu untuk memenuhi keperluan ORAC seharian.
Sebenarnya, tubuh manusia mengeluarkan antioksida secara semula jadi dan dapat meneutralkan radikal bebas ini, tetapi apabila jumlahnya (radikal bebas) terlalu berlebihan, maka kemampuan untuk meneutralkan akan semakin berkurang. Merokok, misalnya, adalah kegiatan yang secara sengaja memasukkan pelbagai racun kimia yang bersifat radikal bebas ke dalam tubuh.


RADIKAL BEBAS

Radikal bebas adalah atom atau molekul yang kekurangan satu elektron. Oleh itu ia menjadi sangat aktif dan tidak stabil dan sentiasa berusaha mengambil elektron dari molekul atau sel lain. Saintis  menganggarkan lebih 10,000 radikal bebas  menyerang sel-sel badan kita setiap hari.  Radikal bebas ini akan menyebabkan kerosakan yang berterusan pada DNA serta  menyebabkan penyakit kronik seperti serangan jantung, darah tinggi, kanser, barah, kencing manis, arthritis, serta penuaan. Untuk mencegah atau mengurangi bahaya penyakit kronik kerana radikal bebas ini, antioksida di perlukan.

Radikal bebas dapat dihasilkan dari hasil metabolisme tubuh dan faktor luaran seperti asap rokok, hasil penyinaran ultra ungu, zat kimia dalam makanan dan bahan pencemar lain. Penyakit yang disebabkan oleh radikal bebas bersifat kronik, iaitu memerlukan masa bertahun-tahun untuk penyakit tersebut menjadi nyata.